top of page

Berminat untuk menggunakan khidmat REVEWORKS untuk majlis anda? Hubungi Kami.​

REVEWORKS RESOURCES mempunyai kemahiran pakar dengan adanya tenaga kerja mahir dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Justeru, REVEWORKS terbahagi kepada 3 devisi utama. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh REVEWORKS ialah:

PROGRAM DESTINASI
HALAL BEIJING

​

REVEWORKS memperkenalkan PROGRAM DESTINASI HALAL BEIJING 6 HARI 5 MALAM dengan harga RM250 seorang. Ya! Hanya RM250 sahaja!

​

PAKEJ TERMASUK:
• Penginapan hotel 4 bintang
• Hidangan Halal: Pagi, Tengahari dan Malam.
• Dibawa ke 5 lokasi indah bersejarah.
• Dibawa ke 7 lokasi membeli-belah; dan
• Privilege Pass ini sah sehingga 12 bulan.

• Percuma untuk kanak-kanak berumur 7 tahun ke bawah.
 

PAKEJ TIDAK TERMASUK:
• Tiket penerbangan

• Entrance Fee
• Tipping

• Visa​

PENGURUSAN ACARA

​

REVEWORKS EVENT MANAGEMENT telah dicetuskan oleh Pengarah Urusan REVEWORKS. Sebelum mengorak langkah ke dunia pengurusan acara, beliau adalah seorang yang berdedikasi tinggi lahir dari syarikat penyiaran televisyen swasta ternama, Media Prima Berhad.

​
​Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, kini REVEWORKS dengan bangganya telah menjadi pengurus acara ekspo yang diberi nama PAMERAN BAHTERA PENGANTIN 2013. Pameran yang telah berlangsung pada Mei 2013 ini telah menghimpunkan lebih 20 booth pempamer.

​

Ini terdiri daripada aneka kelengkapan dan keperluan raja sehari seperti pelamin, busana pengantin, katering, fotografi, solekan, kek perkahwinan, kad jemputan perkahwinan, cenderahati dan pelbagai aktiviti menarik khas untuk para pengunjung.

PERKHIDMATAN

TESTIMONIAL DESTINASI HALAL BEIJING

​

"Saya amat berpuas hati dan gembira dengan layanan dari Reveworks sejak dari awal sehinggalah ketika kami berada di Beijing. Mereka bertanya bagaimana keadaan saya di sana melalui WhatsApp bagi memastikan semuanya berjalan lancar"

Dr. Iskandar Rahman - Subang Jaya.

​

"Bagi mereka yang belum merasa percutian di negara 4 musim, Beijing ialah satu-satunya destinasi yang anda mesti kunjungi. Tak perlu risau tentang makanan Halal dan masjid kerana semuanya ada. Program ini pula murah dan mampu milik untuk semua orang."

Puan Maizura Tarmizi - Ipoh.

INSTASHOP AT REVEWORKS

​

Instashop[at]reveworks atau dikenali sebagai IRstore ialah sebuah kedai fizikal instashop yang menghimpunkan sebanyak 90 vendor peniaga online intagram di bawah satu bumbung.

Terdapat lebih 100 produk boleh anda dapati di IRstore. Kini anda bukan sahaja dapat melihat produk instagram anda, malah dapat merasa, memakai dan membelinya tanpa perlu lagi menunggu kurier untuk menghantar barangan/ produk tersebut, malah ianya menjimatkan kos penghantaran.

Di IRstore, terdapat 3 kategori yang telah kami khaskan iaitu produk makanan, produk bukan makanan dan juga fesyen. Jom datang ke IRstore yang dibuka pada setiap hari kecuali Isnin dari pukul 11 pagi hingga 9 malam!

bottom of page